Tuesday, July 7, 2009

Hitam, Puteh dan Kelabu

Kisah Hitam, puteh dan Kelabu?
Apakah Hitam Puteh dan Kelabu ini....

Si Puteh
Kira- kira beberapa bulan yg lalu, aku bersama abg aku, menaiki kereta pulang ke rumah abg untuk mengambil barang. dalam perjalanan pulang, ternampak seekor anak kucing yg sedang menjilat kawannya yg telahpun mati kerana digilis kenderaan. Kesiannya kami tgk...aku bercakap kepada abg, "kesian tgk anak kucing tu, dia mkn kawan dia kaa" mana taknya, badannya yg kurus kering dek terlalu lapar nmpknya...apa lagi abgku memberhentikan kenderaan lalu menyuruhku mengambil anak kucing tersebut lalu kami bawa pulang kerumah. Lagipun dekat rmh xder kucing skrg, tikus pun suka menari-menari laaa, dek kata pepatah, bila kucing tidak bergigi tikus berani menarai-nari.
Maka, tinggallah Si Puteh dirumah. makanan diberi dgn cukupnya, nasib baik Si Puteh tak buat hal melepaskan hajatnya dlm rumah, mana tak nya, biasanya anak-anak kucing ni mana tau sgt tempat yg sepatutnya kan...syukurlaa dia tahu nk buang kat
mana...kalau x, tentu nasib si Puteh berulang.


Si Hitam
selang dua minggu si puteh berada di rumah, dgn tidak disangka-sangka, dtg pulak seekor anak kucing, lebih kurang macam si puteh jugak besarnya...yg peliknya, bila dihalau, dia x nk lari...dia lari dan menyusup dalam rmh..duduk bawah katil...dihalau x nk dia keluar..pelik betul...last2 tinggal di rumah jugak...ermmm, si hitam ni pun ok, x buat hal...jd bela juga akhirnya.
Yang bestnya, si puteh ni puteh semua warnannya dan si hitam ni pulak semua hitam, macam pelengkap antara satu sama lain gitu...SubhanaAllah.

Si Kelabu
Kisah si Kelabu ni lagi laaa, adik aku boleh kaa dia pergi ambik anak kucing yg dia jumpa tepi jalan yg masih kecil. kecil sgt, sampai nk mkn sendiri pun x tahu..susah kalau nk bela, jd macam beban gitu....nk kena bg susu jaaa. Bila dah ambik, jd x sampai hati laa nk g buang semula..jd terpaksa kena bela jugak. Kesian laa sbb dia asyik bunyi jaaa, yer laa anak kucing, macam anak org laa jugak, lapar bunyi..jd nk kena bg susu. kena bancuh susu dan suap pakai botol susu bayi....nasib baik ada botol susu. pagi2 kena cuci mata dia..ada sampai satu masa tu, dia macam dah nk mati, kejang gitu samapi terkencing, ingat nk mati dah, tp ummur panjang jugak rupanya. Tp yg bestnya, si puteh ni, baik hati, pagi2 dia jilat mata si kelabu..MasyaAllah, Allah maha Besar, sampai skrg si puteh dan si kelabu sgt baik..selalu bermain bersama. si hitam kurang sikit. mungkin nasib si hitam x sama ngn nasib si puteh dan kelabu.

Antara Si puteh, Hitam dan si kelabu ni, si kelabu ni yang paling comel. bulu dia gebu sgt....suka main ngn si kelabu..mungki ini yg Allah bg kepada kami kurniakan seekor kucing yg sgt comel,macam kucing siam gitu. x pernah kami sangka kucing yg dikutip di tepi jalan menjadi seekor kucing yg sgt rajin menagkap cicak dan tikus, ikan pun rajin jugak ditangkapnya hahaha...

Apa yg best, Si puteh putih semua, hitam hitam semua dan kelabu kelabu semua...
mungkin mereka ini ada makna yg tersirat. Apapun syukur kerana ada kucing2 yg sgt comel n pandai bermain.


Hitam dan Puteh, eh mana Si Kelabu?
Lupa lak nk ambik gambar Si Kelabu....huhu

No comments:

Post a Comment