Sunday, July 12, 2009

KITA TIDUR LAMA SANGAT

Kita ni sering tak ingat yang kita ni tidur lama sangat,

Kita tak ingat bila tidur lama sangat kita cepat penat, badan pun jadi kurang sihat,
Kita tidur lama sangat sampai kita lupa orang lain dah jauh tinggalkan kita, memerah keringat untuk mencapai apa yang meraka hajat.
Kita tidur lama sangat menyebabkan kita sering ketinggalan ke belakang, hak hak kita cuba diambil orang, nenek moyang kita penat-penat berjuang untuk mendapatkan hak kita bagi memartabatkan agama dan bangsa, bermandikan keringat tetapi akhirnya kita lalai dan leka dek kerana dibuai mimpi, Kita ni tidur lama sangat.
Bagunlah,bangunlah, bangunlah..
Ayuh, segera bangkit jangan ralik,
Bangun dan terus laksanakan tanggujawab kita…
Kita tiada perlu tidur lagi kerana mimpi telahpun ada di depan mata..
Ayuhlah, bangunlah dan berjuanglah bagi memartabatkan Agama dan bangsa kita, sesungguhnya hanya kitalah yang dapat memartabatkan maruah kita demi agama bangsa dan Negara tercinta.



Sedapnya tidur

No comments:

Post a Comment