Friday, June 5, 2009

Biro Tata Negara

Lima hari empat malam aku pergi kursus Biro Tata Negara di Kem Ulu Sepri, Rembau Negri Sembilan yg mana lazimnya org sebut BTN.
Bila sebut saja pasal kursus BTN, ramai org menganggap kursus untuk sokong kerajaan, brainwash dan macam2 lagi yg x baik..begitu persepsi yang sering dilemparkan...persepsi melebihi realiti...

Sepanjang tempoh ini, byk perkara yang dipelajari. Kami dari pelbagai institusi pendidikan dan dari pelbagai bidang dibahagikan mengikut kempulan. Satu kumpulan terdiri dari pelbagai bidang dari pelbagai latar belakang bidang pendidikan...di sini dapatlah sedikit sebanyak mengetahui bidang research yg dijalankan oleh kawan-kawan lain..mmg menarik betul kajian2 yg dijalankan sampai x dapat nk dipahamkan..haha

Dalam kursus ini,para penceramah yg begitu byk pengalaman mencerita atau mengajar kami tentang sejarah Tanah Melayu, Sejarah Melayu Melaka, Perlembagaan Malaysia dan pelbagai ilmu2 yg mungkin tidak terdapat dalam buku....Dr zaman Kegemilangan Melayu Melaka hingga zaman sekrang...kerentuhan Empayar Melaka setelah Portugis datang. Pembinaan Kota A Famosa, adakah ia sebagai "lambang kebangaan atau penghinaan kepada kita?"
Apakah bukti yang menunjukkan Melaka pernah menjadi sebuah negeri yg terkenal seantero dunia. Menjadi tempat perdagangan yg terkenal suatu ketika dulu sehingga dikatakan sampai 3 ribu kapal berlabuh pada satu satu masa. Jika dikatakan org-org Melayu Melaka pada zaman tersebut kaya raya, dimanakah istana-istana pada masa itu, masjid2 (Islam telahpun diamalkan pada ketika ini)dan lain -lain lagi...

Pada 1511, Portugis datang menakluk Melaka, mereka membina Kota A Famosa sebagai pusat pentadbiran dah Gereja pada masa tersebut...Dari manakah batu batan itu diambil untuk membina Kota tersebut? adakah dari bukit-bukit di negeri Melaka, jika benar mengapakah tidak terdapak satu bukitpun yg ditarah...Kemanakah meghilangnya masjid2 di negeri Melaka, Istana-istana, kubur-kubur orang Islam (batu nisan)....Kemanakah menghilangnya...
Terbinanya kota ini adalah dari batu batan istana2, masjid2 dan batu batu nisan...jadi adakah ia menjadi satu kebanggaan buat kita atau satu penghinaan...sama sama kita fikirkan

Latihan Dalam Kumpulan

Selain itu, aktiviti dalam kumpulan juga banyak mengajar kami mengenai perlembagaan Malaysia...pentingnya kita memahami hal ini kerana agar kita dapat sampaikan kepada rakan-rakan, sanak saudara kita agar menghormati perlembagaan..sekiranya ia tidak dihormati...dibimbangi akan membawa kesan yang amat teruk bukan saja kepada kita malah kepada anak cucu kita....

Ahli-ahli kumpulan yg amat sempoi,peramah dan mudah mesra menyebabkan aku rasa amat terharu...walaupun baru kenal, nilai-nilai kemesraan antara satu sama lain amat baik...ahli kumpulan yg mempunyai latar belakang yg hebat-hebat, bijak-bijak belaka, kajain yang dijalankan jugak amat bagus.sepanjang latihan dalam kumpulan, kami diberi pelbagai tugasan, antaranya sesi perkenalan diri, sembang politik, perbincangan untuk membuat keputusan dan macam2 lagi. Terima kasih yg tak terhingga kepada fasi kami Tuan Haji Abd Aziz Awang yg byk memberi tunjuk ajar kepada kami, segala nasihat, ilmu dan pengalaman yg diceritakan kepada kami akan kami manfaatkan untuk agama bangsa dan negara.

Latihan dalam kumpulan ini juga byk menagajar kami bercakap, membina keyakinan diri dan belajar untuk membuat keputusan. Sesungguhnya apa yg penting adalah kerjasama.
Kami diajar mengenai perlembagaan Malaysia, kontrak sosial dan hak Istimewa org Melayu. Amatlah penting bg kita memahami perlembagaan negara kerana sekiranya ia disalah tafsir, pelbagai masalah mungkin akan timbul.Menghormati hak org lain amatlah penting. Tidak kira kita berbangsa Melayu, Cina atau India.
Apabila kami diarahkan membentangkan tugasan yg diberi, ahli kumpulan aku mmg petah bercakap, ada yg pernah menjadi pendebat.Ada yg bercakap x berhenti-henti, poning kepala den hahahhahaha.....ada yg jadi pak lawak, mmg kelakar betul tgk bermacam ragam....aku asyik gelak jaaaa, pendek kata mmg enjoy habis aku g kursus nie...



Kembara Malam

ermmmm, mmg best waktu kembara malam nie..bermula pada pukul 4 pagi...berjalan pada waktu malam mmg amat berbeza dgn berjalan di waktu siang hari...sudah selalu sangat berjalan di siang hari...bila berjalan malam nie, dapatlah menikmati kepekatan gelap malam..bunyi2 binatang diwaktu malam, kelip2, dan lain2 lagi...perjalanan yang mengambil masa dalam satu jam lebih untuk sampai ke jambatan untuk sama2 solat subuh...dalam tempoh berjalan malam tersebut,banyak benda yg dapat dipelajari...dapat kita bayangkan bagaimana pejuang2 / askar negara berjuang mempertahankan negara @tanah air tercinta. Susah payah mereka menjaga negara siang dan malam amatlah dihargai.Pendakian dan meneruni cerun yang agak curam amat mencabar fizikal. Kami semua tiba di tempat untuk bersolat subuh lebih kurang pukul 6 pagi...setelah selesai menunaikan tanggungjawab tersebut, tugasan seterusnya yang diberikan kepada kami ialah untuk menyediakan sarapan masing2 mengikut kumpulan. Maggi diberikan kepada kami...(Maggi dan telur jaaaa huhuhu)...





Lepas mkn jaa, semua berposing ambik gambar....macam-macam ragam betul group aku nih...ahhaha...you all mmg best arrr...


xtvt terakhir kami adalah masa dalam dewan. kami diberi satu tugasan yg agak mencabar.Setiap kumpulan diberi 4 ketul batu yg x sama saiz dan kami dikehendaki menjadikan batu itu sama saiz dalam masa 20 minit. x boleh bercakap.hanya guna bahasa isyarat antara ahli kumpulan dan antara kumpulan lain x blh guna bahasa isyarat sekalipun...maka ramailah yg tertangkap kerana melanggar peraturan...yg lawaknya aku lagi gila...hahaha dah x blh guna bahsa isyarat, aku terus pergi rampas batu kumpulan lain...hahahah padan muka aku....mana x nya, nk guna bahasa isyarat pun x blh antara kumpulan lain...apa lagi terus ambik jaa laaa....huhu.jahat btl aku nih....sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara

selepas itu kami sama-sama menyanyikan lagu Warisan yg telahpun dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman. Kalau kita hayati lirik lagu ini amat menyentuh hati...Aku bukanlah seorang perwira, gagah menghunus senjata, tp hati rela berjuang, walau dgn cara sendiri demi cinta ini..

Akhir sekali, kami ditanyangkan dgn tayangan yg amat menyentuh hati...keganasan yg telah dilakukan oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab, tidak kira bangsa, Jika Melayu dengan Al Maunah, India dgn hindraf dan cina dgn Komunisnya...sesungguhnya...pengganas tidak kira dari kaum...jgnlah taksub kepada apa yg kita lakukan...rasionallah dalam membuat keputusan.
Orang yg memegang kuasa yg diamanahkan oleh Allah juga harus bertanggungjawab dalam setiap tindakan yg diambil.

Akhir sekali,terima kasih yg tidak terhingga kepada bapak bapak jurulatih, tuan tuan fasi dan juga pihak penaja kami iaitu Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kepada kawan kawan, kumpulan lama dan kumpulan baru..kamu semua dalah terbaik. Semoga berjaya di dunia dan juga di akhirat.

Sekian.

2 comments:

  1. aku p0wn sk cite part k0ta A Fam0sa 2..
    n part maen batu!!
    hahaaa..
    padan la ke tangkap masuk jail p0wn..
    melakukan kemungkaran upeny..hahaa..
    tp..
    btn ni cm berkesan gak laa pd diri aku..
    sbb aku da mule rskan yg aku syg MALAYSIA!!
    chewahh..huhu..
    walaupun aku asyik tit0 ja time ceramah..hua3..

    ReplyDelete
  2. siapakah belimbing susu suam yerk????

    ReplyDelete