Saturday, January 16, 2010

HARI PERKAHWINAN

Salam to all,
Memang betul laa kata orang, hari perkahwinan ni satu hari yang membawa banyak perubahan dalam diri kita, membawa makna yang besar. Sedar tak sedar dah berkahwin pun..hehe..

Apa yang paling dalam perkahwinan ini adalah niat perkahwinan itu sendiri dan kerjasa antara suami isteri untuk hidup dalam rumahtangga yang dibina.

Tanggal 13.12.2009 merupakan satu lagi, hari yang selalu bermain di ingatan aku....sesuatu yang sukar untuk dilupakan dan sangat indah untuk dikenangkan...


Ketibaan Pengantin Lelaki ( Aku laa tue....)


Penyambut rombongan pengantin..

Ermmm, bagi rombongan lelaki, ada beberapa adat yg kena ikut...mula-mula sampai tue..ingat kan nk pegi mana...rupa-rupanya kena pusing2 buat bulatan sebanyak tiga pusingan...simboliknya aku pun x pasti lupa nk tanya isteriku...hahaha....jadi ikut aja org yg bawa kami semua....mmg rasa kekok habis..seribu mata memandang setiap pergerakkan pengantin...fuhh!

Selepas habis buat pusingan baru laa blh masuk rmh...duduk jap atas pelamin, bergambar semua ngn family n lps tu kena trn pulak...ala-ala sambut tetamu lak....time ni lagi segan, duduk depan org ramai....

Pusing jangan tak pusing...


Duduk depan org ramai

Sebenranya mmg banyak aktiviti @ adat untuk majlis kenduri kat Limbang ni...Kat sini amalan atau adat Melayu Brunei masih kuat diamalakan....

Amalan bebedak, Berdikir, Bergandang, Berpacar dan bersuap-suapan harus dilalui oleh aku...Seakan x percaya jugak..kenduri kat Limabng ni sampai 3 hari gitu....ermmm..kalau nk ditulis kat sini mmg aku x larat nk tulis...

Apa yang menarik, ia sesuatu yang amat membahagiakan.....

Sekain...

SETIAP HARI ITU INDAH

Salam to all,
Setiap hari itu sangat indah, bagaimana kita mencorak hari-hari kita.
samada ia menjadi suatu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan atau menjadi mimpi ngeri kepada kita.

Apapun yang paling penting kita merancang setiap hari tindakan yang kita akan lakukan agar kita tidak leka.

Bagi penulis, hari yang tidak dapat dilupakan jatuh pada 11.12.2009.
Hari yang amat mendebarkan yang membawa beribu makna dalam kehidupan. Mengubah status daripada seorang bujang kepada seorang suami.





Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Dah selamat bergelar seorang suami....bila wali membaca lafaz serah tanggungjawab tue, ermmm rasa banyak jugak tanggungjawab yg perlu dipikul. Segala makan minum, pakaian, tempat tinggal yg sebelum ini menjadi tanggungjawab wali dilafazkan dan tanggungjawab tersebutpun diterima...

Erm, kawin ni bukan setakat berseronok aja, tp dia datang dengan pakage sekali dgn tanggungjawab.Jadi kenalah berfikiran matang.Mestilah memikirkan kepentinagn bersama.

Mudah mudahan rumahtangga yang dibina mendapat keberkatan dari Allah S.W.T dan semoga pasangan hidup bahagia hingga ke hujung nyawa.

"Suami isteri tergigit gigit lidah tue biasa"
eh silap..."sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri"..hehe