Tuesday, December 20, 2011

TAKUT......

Bila kita perlu "Takut"

Bila anak-anak kecil takut ketika dia sedang tidur, dia akan kejutkan ibunya...
Waktu Isteri menjadi takut ketika dia sedang tidur, dia akan kejutkan suaminya...

Bila sang suami menjadi takut, dia akan mencari kawan-kawan yang akan menaikkan semangatnya....

dan apabila Bangsa menjadi takut, dia mencari falsafah yang akan menaikkan semangatnya, dia akan mencari pemimpin yang boleh menaikkan semangatnya....dimana pujangga, dimana pahlawan?

dan bilamana Pemimpin menjadi takut, maka tergadailah maruah Bangsa dan Agama....

jangan kita takut pada perkara yang tidak sepatutnya kita takut...

Hidup Biarlah Berbudi

Hidup Biarlah Berbudi dan Berbahasa...

kerana anak kecil yang didik oleh ibunyalah dia menyenal ibunya...
Si ibu kenang budi bapak kerana si bapak melindunginya....

Anak-anak mengenang budi ibu dan bapak kerana memeliharanya...

Jiran menjadi lebih akrab kerana budi...

Apakah manusia tanpa budi?