Thursday, February 12, 2015

Setelah Sekian Lama.....

MasyaAllah, tut tut dah bertahun tak menjenguk blog aku nih....bagaikan baru bangkit dari mimpi...masa yg berlalu begitu pantas. Setahun bagaikan sebulan, Sebulan bagaikan seminggu, Seminggu bagaikan Sehari, Sehari bagaikan sejam, sejam bagaikan kilat yang menyambar.... bolehkah diumpamakan bertapa pantasnya masa berlalu..... Walau apapun yg berlaku...mudah mudahan kita tergolong dalam golongan yang diredhai Allah....

Tuesday, December 20, 2011

TAKUT......

Bila kita perlu "Takut"

Bila anak-anak kecil takut ketika dia sedang tidur, dia akan kejutkan ibunya...
Waktu Isteri menjadi takut ketika dia sedang tidur, dia akan kejutkan suaminya...

Bila sang suami menjadi takut, dia akan mencari kawan-kawan yang akan menaikkan semangatnya....

dan apabila Bangsa menjadi takut, dia mencari falsafah yang akan menaikkan semangatnya, dia akan mencari pemimpin yang boleh menaikkan semangatnya....dimana pujangga, dimana pahlawan?

dan bilamana Pemimpin menjadi takut, maka tergadailah maruah Bangsa dan Agama....

jangan kita takut pada perkara yang tidak sepatutnya kita takut...

Hidup Biarlah Berbudi

Hidup Biarlah Berbudi dan Berbahasa...

kerana anak kecil yang didik oleh ibunyalah dia menyenal ibunya...
Si ibu kenang budi bapak kerana si bapak melindunginya....

Anak-anak mengenang budi ibu dan bapak kerana memeliharanya...

Jiran menjadi lebih akrab kerana budi...

Apakah manusia tanpa budi?

Thursday, May 12, 2011

Bersatu tak semestinya menjadi satu....

Salam kepada semua...

Hari ni nak membebel pasal politik sikit...
Tentang penyatuan orang Melayu, Umat Islam, tak kiralah dari parti PAS, UMNO, atau KeAdilan....

Bukahkan pepatah Melayu ada meyebut, bersatu teguh bercerai roboh
Bukankah kita diajar bertapa kuatnya kita kalau kita bersatu, sebatang lidi mudah untuk dipatahkan tetapi kalau seikat lidi ia sukat untuk dipatahkan...
Bukankah Agama kita melarang kita berpecah belah...memutuskan hubungan silaturrahim

Mengapakah begitu sukar untuk kita bersatu,

Adakah dengan bersatu, daripada dua menjadi satu?

Apakah ruginya kalau kita bersatu?
Apakah untungnya kalau kita berpecah?

Matlamat kita adalah sama,
Menuju ke puncak jaya, setelah mati ingin ke Syurga... di akhirat kita akan kekal buat selamanya...

Apakah perbezaan kita tidak mempunyai titik persamaan?
Titik yang akan membawa kepada ikatan perpaduan..
Titik yang membawa kita hidup lebih aman..

Sesungguhnya...
Pertikaian kita hanya membawa kepada kelemahan, kemusnahan, kehancuran..
Pertikaian yg membawa kepada kesengsaraan...yg tidak membawa sedikitpun kebaikan

Namum, sekiranya kita bersatu..saya percaya Rahmat Allah akan diperoleh oleh kita semua.

Janganlah ada sedikit perbezaan politik akan membawa permasalahan berpenjangan...

Sekiranya UMNO dan PAS tidak boleh bersatu....
Bubarkan kedua-duanya..tubuh parti baru...Parti Melayu Islam (PMI)atas nama Melayu dan Islam.

Mungkinkah????

Thursday, February 10, 2011

Jalan-Jalan Botanical Garden

Salam to all...

Lama beno teman tak jenguk blog teman ni...
Nak kata sibuk tu, idak juga...mungkin sebab kurang idea untuk teman menulis...

Last entry pun rupanya teman tulis pasal EKKA..Kali ini teman nak tulis tentang jalan-jalan di Botanical Garden, Mt Coo-Tha Brisbane.

Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan...jadi bila kita pergi jalan-jalan kat taman ni, paham-paham jee lah...untuk merehatkan minda yang agak berserabut...

Jadi bila dapat jalan-jalan menghiruk udara yang segar ni...cergas sikit rasanya...
Tambah pulak dating ngn 'housemate'...lama betul tak dating dengan hsmt...huhu..

Dekat taman-taman ni, biasanya orang menikmati pemandangan..kalau dekat pantai tu boleh laa santai-santai..tapi disini, boleh laa pejamkan mata dan mendengar bunyi zikir burung-burung kat taman...(kalau malas zikir dengar burung berzikir jaa laa..)

Malas teman nak berceloteh panjang-panjang...Gambar sebagai kenangan...

Posing baik punya..ahaha


kakak Tus


Kemana Arahku

Siapakah itu...

Tuesday, September 14, 2010

EKKA 2010

Salam kepada semua..

Agak lama tidak melewati blog aku sendiri, dek kerana kesibukkan diri sendiri..

Entry kali ini berkaitan EKKA 2010, Apa ke benda tu...EKKA adalah agricultural show bagi Quensland, Australia. Ia juga dikenali sebagai Royal Queensland Show. Ia diadakan setiap tahun dan merupakah salah satu acara wajib bg Queensland.

Apa yang boleh didapati di sini?? Pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di EKKA. Bagi perantau yang berada di bumi Queensland ini, kebiasaannya tidak melepaskan peluang untuk menghadirkan diri disini.

EKKA juga menampilkan suakn rakyat seperti acara menebang pokok menggunakan kapak (siapa yang paling pantas), berkuda dan lain2 lagi.

Disini juga terdapat pelbagai jenis haiwan ternakan, dari kecil hingga yang paling besar (yg paling besarlembu jeee..hehe..tp besar gila lembu dia)

Bagi sesiapa yang nk tengok bulu kambing biri-biri dipotong, di EKKA merupakan tempat yang sesuai. Pendek data macam-macam ada....

Sebagai kenangan diri sendiri yang kepada yang berminat nk lihat gamabr2 disekitar EKKA dipersilakan...


Welcome to EKKA 2010


Kesian pulak tengok Kambing nih..huhu


Rambut fesyen baru...



LEmbu yang sihat

Thursday, May 6, 2010

One Day in Sea World

Sehari berada di Sea World bagaikan tidak terasa, masa yang ada dimanfaatkan sepenuh mengunjungi tempat-tempat yang menarik yang ada disini.

Sesungguhnya, pengalaman tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit. Kita mestilah menempuhinya.

Jauh perjalanan luas pemandangan, lama hidup banyak pengalaman. Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8.00 am dari Roma Street menaiki train menuju ke Gold Coast. Perjalan yang mengambil masa lebih kurang satu jam dimanfaat dengan memerhati keindahan alam semulajadi bumi kanggaroo ini disamping bermesra dengan isteri. Setelah tiba di Healenvalle, khidmat bas diperlukan untuk ke Sea Wolrd, disini perjalan menaikin bas mengambil masa lebih kurang 40 minit. Kota Gold Coast sangat indah ditambah dengan cuaca yang cerah, langit biru serta awan yang yang putih.

Dipendekkan cerita, Sea Wolrd merupakan satu tempat yang sesuai untuk dilawati bagi sesiapa yang berhajat untuk melancong di Gold Coast terutamanya bersama-sama keluarga tercinta. Keindahan pemandangan sekililing ditambah dengan pertunjukan haiwan lautan seperti ikan lumba-lumba, sea lion, shark, dan byk lagi membawa kenangan yang sgt manis.


Jom bagi ikan pari makan


Aksi ikan lumba-lumba