Thursday, June 25, 2009

Hidup adalah suatu pilihan

Kekadang terfikir, ini hidup mudah aja sebenarnya...hanya ada satu matlamat, bg org Islam, nk ke Syurga atau neraka, rasanya semua nk ke Syurga kan...tp kita ada byk pilihan...kalau kita bijak memilih, mudah utk kita capai matlamat tersebut...persoalannya, macam mana nk buat pilihan yg tepat..? itu yg susah...

dalam setiap tindak tanduk kita perlu lah berlandaskan syariat yg ditetapkan kalau kita mahu berjaya, ramai org yg tahu benda ni, tp sedikit orang yg tahu bagaimana untuk kita memastikan tindak tanduk seharian kita itu memenuhi kehendak syariat. Yaa mmg agak sukar utk kita pastikannya kalau ilmu yang kita miliki tidak cukup bg memastiakn perkara tersebut, tambahan pula kita sendiri tidak pasti adakah tindakan kita itu betul ataupun tidak.

Bagi saya, tidak ada cara lain selain kita cuba untuk menambah ilmu dalam dalam hidup kita.. Yaaa membaca merupakan satu cara yg amat berkesan utk menambah ilmu. Kadang-kadang buku yg kita baca tu tebal, tp seikit sahaja ilmu yg kita perolehi drpdnya...Kadang2 bila baca kitab suci Al-Quran satu dua muka surat serta terjemahan nya dah rasa byk dah membaca, tp bila baca buku2 cerita yg lain atau surat khabar blh pulak baca lama2....adakah diri ini mudah dipengaruhi syaitan, x pasti laaa..dan adakah juga Al Quran itu suatu bacaan yg agak berat, maksudnya kalau kita baca sekali terjemahannya..mmg kita perlu berfikir bg setiap ayat2nya...sama2 fikirkan.

Bg saya, hidup ini suatu pilihan...dan sebagai umat Islam saya tiada pilihan lain melainkan untuk ke Syurga.

No comments:

Post a Comment