Sunday, April 11, 2010

Pendidikan Islam vs Pendidikan Seks

Assalamualaikum

Terasa nak meluahkan pendapat kat blog sendiri, mana tanya, sejak dua menjak ni, byk sgt kes pembuangan bayi...makin banyak kempen yang kerajaan buat, semakin menjadi lak kes pembuangan bayi ni...

Adakah mereka yang terlibat ini tidak kenal dosa pahala, adakah mereka ini kurangnya pengetahuan tentang perhubungan luar nikah adalah sesuatu yg dilarang agama.

Maka, timbul pelbagai cadangan untuk mewujudkan pendidikan seks di sekolah-sekolah bagi memberi kesedaran kepada golongan muda tentang seks luar nikah ini. Bagi yang mencadang berpendapat, golongan yang melakukan jenayah pembuangan bayi ni kurangnya pengetahuan tentang pendidan seks. Adakah kita bersetuju, satu subjek pendidikan seks ini diajar di sekolah?

Pada pandangan saya, golongan yang melalukan hubungan seks luar nikah yang menjadi punca pembungan bayi adalah disebabkan kurangnya pengetahuan agama individu tersebut serta gagal mengawal nafsu. Mereka bukannya kurang pengetahuan seks, oleh yang demikian, yang perlu dimantapkan adalah pendidikan Islam. Mungkin perlu diselitkan bab yang berkaitan dengan hubungan seks luar nikah serta akibatnya, dan perlulah menerapkan nilai2 moral. Ini sekaligus dapat mengurangkan beban kepada para pelajar tanpa perlu menambah bilangan subjek seperti pendidikan seks ini.

Saya percaya dan yakin, sekiranya subjek Pendidikan Islam ini dimantapkan, ia mampu membendung masalah yang sering terjadi kini.

Sekian.