Friday, November 20, 2009

SEKOLAH KU

Salam to all...

Asal usul sekolah ku.....
Kecik jaa waktu dulu-dulu...
Ayah pun belajaq kat sekolah ni, cikgu besar masa tu sangat garang....kalau budak kena rotan time tu..mak bapak x berani masuk campur, sbb cikgu2 masa tu nk didik anak bangsa..
tp sekarang ni, kalau anak kena cubit pun, mak bapak serang cikgu...macam mana laa anak2 x naik kepala.....

disini ada laa sikit pasal sejarah sekolah aku, seronok kalau blh kumpul maklumat tentang diri sendiri n keluarga...sbb kenangan masa lalu yg sangat indah. Seronok rupanya waktu sekolah dulu2....
Aku ni belajar dah lama dah, dr tadika, sekolah rendah, masuk U keluar U, n masuk U semula, tp rasa x laa pandai sangat pun...huhu....





Thursday, November 5, 2009

Kalaulah kita boleh buat semudah seperti apa yg kita cakapkan

Kalaulah kita boleh buat semudah seperti apa yg kita cakapkan...senang kan....
tp sebagai manusia, kita perlu berusaha untuk mencapai apa yg kita hadapi...
Bercakap mmg mudah, ramai orang yg hanya pandai bercakap, tp bila nk buat...bkn main susah....

"Practice what you preach", "walk the talk"...kalau kita bercakap nk buat sesuatu tu, kita kenalah kotakan apa yg kita cakapkan itu, walaupu payah yg pentiing kita mesti berusaha...jgn kita hanya pandai bercakap itu dan ini, tp hasilnya..hampeh...

Jadi, bykkan berfikir dari bercakap. Dalam Al-Quran pun menyuruh umatnya bykkan kan berfikir, sehingga ada yg menyatakan berfikir sejenak itu lebih baik dari berzikir, sbbnya berfikir sesaat lebih baik dari berzikir...

Marilah kita berfikir....

Wednesday, October 28, 2009

Conference in Bangkok

Salam to all...
International Symposium on Antenna and Propagation atau lebih dikenali sebagai ISAP telah diadakan di Bangkok baru-baru ni iaitu pada 22-24 Oktober 2009 di Imperial Hotel Bangkok.
Conference ini diadakn setiap tahun bermatlamat bagi memberi peluang kepada setiap penyelidik membentangkan hasil kajian yg telah meraka jalankan berkaitan dengan Antenna dan Propagation. Disertai dari pelbagai buah negara anteranya Malaysia, JEpun Korea, Australia, New Zealand dan lain-lain lagi.
Pada sesi tutorial pula, penceramah yg dijemput merupakan org yg pakar dalam bidang yg diceburi seperti Yahya Rahmat Samie, Raj Mitra, Kin Lu, John Volakis dan lain- lain..mereka mereka ini merupakan penulis2 buku yg hebat serta berpengalaman luas dalam bidang masing2...


Bergambar bersama Prof Yahya Rahmat Samie


Selain itu, dalam conference yg dianjurkan ini, peserta dalam mengetahui bidang research terkini serta mendapat maklum balas dari meraka yg pakar dalam bidang tersebut....Pendek kata, dalam mengeratkan lagi hubungan serta mengetahui latest teknologi yg sedang dalam kajian...


sekitar berlangsungnya persidangan....participant from Malaysia

Pendek kata, conference ini mengajar penulis dalam meningkatkan daya saing diri dalam bidang penyelidkan disamping meningkatkan keyakinan diri dalam membentangkan hasil kajian yg dijalankan..Tidak kurang jugak dapat mempelajari benda2 baru dan melihat kajian dari Universiti2 lain...

Tidak ketinggalan, peluang yg diambil untuk perji berjalan2 di sekitar bandar Bangkok...


Menaiki bot di sepanjang Sg Chao Praya....Dulu kenal sg ni dalam sejarah ngn geograpi aja..tp skrg dah merasai percikan air sg nie....


Bergambar di sekitar kawasan Grand Palace

Pendek kata, melancong mmg best....

ni ada lagi gambar masa jln2 kat sana....



Sunday, October 25, 2009

Penulisan Jurnal

Salam to all,
mmg lama x menulis blog...sibuk sikit sebulan dua nie...
Hari ini nk menulis tentang penulisan Jurnal. Sudah menjadi lumrah seorang pelajar, perlu melaksakan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Sebagai seorang pelajar sarjana dalam bidang research, tidak dapat lari dari menulis sebanya mungkin penulisan ilmiah untuk dihantar ke persidangan (conferences) yg berkaitan dan jugak ke Jurnal.

Bagaimana nk menulis kalau hasil kajian (research ) tidak tidak bagus.maknanya kena berusaha lebih kuat untuk mendapatkan atau idea2 yg baru serta result yg bagus...
Bagi diri penulis, untuk menghasilkan satu-satu penulisan ilmiah ini bukanlah sesuatu yg mudah, susun atur bahasa yg dapat memahamkan pembaca serta kajian yg dilakukan mestilah yg terkini serta novel. baru diterima oleh panel penilai.

Setelah siap menulis jurnal, masa yg agak lama diambil antara 4 hingga 6 bulan diperlukan untuk memastikan jurnal kita diterima ataupun sebaliknya, blm termasuk pembetulan yg terpakasa dilakukan..

Mungkin ada yg bertanya, mengapa perlu kita membuat penulisan jurnal ini...Ini adalah bg memastikan kajian yg kita jalankan adalah mengikut kaedah yg betul serta kajian itu adalah bersifat baru ataupun ada novelty. kalau kita dapat menghasilkan byk jurnal, bermakna kajian yg kita jalankan itu btl2 memberi impak yg besar dalam bidang research.

Jd, tekanan yg dihadapi bg seoarang pelajar research ini tidaklah semudah yg disangkakan....Apappun, berusaha dan berdoa adalah satu kemestian..

Wassalam.

Saturday, September 12, 2009

ITEX 2009

Salam to all,
lama x menulis dalam blog nih....kali ni nak menulis yg berkaitan dgn ilmiah sikit....
ITEX (Inovation Technology Expo) telah diadaka pada bulan Jun yg lalu di Kuala Lumpur Convention Ceter (KLCC). Ia merupakan satu pameran hasil-hasil ciptaan para penyelidik dari pelbagai Universiti dah institusi penyelidikan. Pelbagai hasil ciptaan yg amat menarik telah dipamerkan disini.

Uni. Teknologi Malaysia telah menghantar 12 produk penyelidikannya dan kami 3 dari tersebut. Semnuanya berkaitan dgn antena utk pelbagai aplikasi. Salah satunya utk aplikasi UAV. Alhamdillah, kami berjaya mambawa pulang 2 Gold dan satu Bronze.



Apa yang bagus dalam pameran seperti ini ialah kita dapat melihat hasil2 penyelidikan yg bermutu tingi, idea-idea yang dapat membantu kita dalam xtvt seharian serta dapat menyelami dgn lebih dekat lagi dunia penyelidikan.

Tidak ketinggalan, pelajar2 sekolah juga ada menyertai pertandingan ini, sgt membanggakan bila mana pelajar2 ini sgt bijak menerangkan hasil-hasil kerja mereka srta kemahiran berkomunikasi dgn baik sekali.

Disamping itu, kita juga dapat meluaskan lagi atau mengenal para penyelidik dr pelbagai institusi. Pameran ini mendapat sambutan yg amat menggalakan dan dapat mendedahkan kpd masyrakat akan pentingnya ilmu pengetahuan serta menanam minat kepda golongan muda akan peri pentingnya ilmu dan minat untuk mencari tanpa rasa jemu.

Sekian....

Beberapa gambar sepanjang pameran ITEX 2009 di KLCC,



Amir layan awek aja....hehe



Gambar ramai-ramai



Kapal Terbang

Saturday, August 8, 2009

Politik @ Politikus

Politik, Politik ,Politik

Seronok jugak bercakap pasal politik, bila bercakap pasal politik ni, x dapat tidak kita lari bercakap tntg politikus (ahli politik).

Sejak kebelakangan ini rakyat asyik salahkan kerajaan dalam setiap isu yg tibul. Semua perkara nk dipolitikkan dr kes kematiaan TBH hingga laa kes kekurangan gula....jgn sampai telur ayam kena curi pun nk dipolitikkan sudahlah....Bkn apa nmpk kita ni terlalu byk berpolitik dari buat kerja...

Dalam soal politik ni kita kena rasional, jgn taksub dgn mana2 parti....baik UMNO mahupun PAS matlamat kedua2 parti tentu untuk kebaikkan, walaupun saya bkn ahli mana2 parti tp saya merasa demikian...Untuk AGAMA BANGSA dan NEGARA. Jadi mengapa perlu bertelagah dalam semua perkara....adakah semua perkara yg dilakukan oleh pihak kerajaan skrg ini semuanya salah....kalau benarlah mengapa UMNO masih berkuasa walaupun sudah lbh 50 thn....mengapakah rakyat masih memilih UMNO, adakah rakyat x nmpk kebaikan PAS atau keburukan UMNO?

Tidak dinafikan UMNO dan kerajaan ada kelemahannya sbb ia dipinpin oleh manusia, Manusia x dapat lari dr kesilapan...jd x perlulah pihak pembangkan beria-ia bertindak menghasut kerajaan untuk menjatuhkan kerajaan yg ada, tunggu saja pilihanraya akan dtg....Kerajaan yg ada skrg tidak sekali2 menghalang kita dari melakukan ibadat...kita bebas dan senang melakukan kewajipan kita, jd mengapa perlu menjatuhkan kerajaan yg ada...memang mudah untuk menjatuhkan kerajaan, tp x mudah untuk menubuhkan kerajaan.

Sesungguhnya sejarah byk mengajar kita bg yg mahu berfikir.Kalau kita x belajar dr sejarah maka kita tergolong dlm golongan yg rugi...asal usul kita perlu kita tahu, sejarah kegemilangan silam perlu dihayati, Bangsa kita pernah menjadi bangsa yg terkemuka suatu ketika dulu, menjadi peniaga, pelaut malah penaklut terkemuka selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang....Bangsa kita juga pernah merentas lautan yg tidak dikenal, Dimanakah silapnya?? Kita perlu tahu semua ini agar kesilapan yg lalu tidak diulang...

Orang yg bijak belajar melalui kesilapan dirinya sendiri, tetapi org yg lebih bijak belajar melalui kesilapan org lain (sejarah) dgn harapn dia tidak melakukan kesilapan yg sama.

Sama2 kita pikirkan dan renungkan.....

Thursday, July 23, 2009

PPSMI

Salam semua...hari ni nk bercakap pasal masa depan anak2 kita..iaitu isu PPSMI
Kerajaan telahpun buat keputusan memansuhkan dasar PPSMI yg diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir. Matlamat Tun M memperkenalkan dasar ini amatlah baik...pelaksanaan di semua peringkat...Tun M nk melihat anak bangsanya maju setangding dgn bangsa2 yg maju dalam dunia ini...betullah kata org "bahasa jiwa Bangsa" sesungguhnya perjuangan untuk memartabatkan bangsa itu lebih tinggi nilainya dari bahasa...Mmg betul negara2 maju seperti Jepun, Francis masing2 menggunakan bahsa ibunda masing2...tp dapatkah kita memandang sedikit kehadapan bagaimana jika anak2 kita kurang mampu berinteraksi dgn bangsa2 maju ini.

Apa yg saja cuba katakan ialah kepada pejuang2 bahasa spt A Samad Said, datuk Hassan...dan pendemonstrasi jalanan yg mendesak supaya PPSMI ini dimansuhkan, anda semua sebenarnya telah mewujudkan satu jurang yg lagi besar bg pelajar bandar dan luar bandar. Dimanakah bangsa2 selain Melayu yg berdemonstrasi untuk mansuhkan PPSMI ini...
Kepada sasterawan negara, anda adalah pejuang bahasa, kenapa anda dan rakan-rakan seperjuangan berdemonstrasi mendesak kerajaan supaya melaksanaa sistem p&p mate n sains ini dalam bahasa Melayu...kenapa anda membiarkan ia diajar dalam bahasa Cina dan Tamil bg sekolah2 SRJK...anda disanjung pejuang bahasa Melayu, anda tidak sebenarnya..anda adalah pejuang bahasa Cina dan Tamil...makanya dimanakah letaknya martabat bahsa melayu yg anda juangkan selama ini...

Perjuangkanlah supaya Mat dan Sains itu diajar dalam bahasa Melayu sepenuhnya disemua sekolah...barulah dikatakan anda dan rakan seangkatan berjuang utk bahasa..seandainya tidak, anda mmg seorang hipokrit...

Tiada maaf dipinta utk penulisan kali ini kerana ia datang dr luahan hati yg ikhlas..

Tun Dr. Mahathir dalam "Speech of the President of UMNO at the 54th UMNO General Assembly @PWTC Thursday, 19th June 2003 yang bertajuk "Future Threats" dalam perenggan 94 & 95 berbunyi seperti di bawah ini :-

"94. Within the country the environment is no less challenging. The efforts to bring together the different communities have not been fully successful. The new generation is divided because they choose to attend different schools according to race.

95. In order to bring the students from the different races together and to make the people and the country more competitive, the Government has introduced the study of English and the teaching of science and mathematics in English. The parents accepts well this move but as usual political parties try to politicise the issue".

Apabila Samad Said melalui GMP dengan sokongan Pakatan Pembangkang dan pejuang bahasa ibunda Cina & India merusuh,berdemonstrasi dan berarak; kerajaan BN telah membuat keputusan membenar dan memartabatkan bahasa Melayu, Cina dan Tamil sebagai bahasa yang digunakan untuk mengajar dan belajar Sains & Matematiks.

Tidakkah kerajaan BN sedar bahawa Bahasa Cina & Tamil adalah bahasa asing di Tanahair ini? Kenapa harus dimartabatkan?
Apakah lebihnya bahasa Cina & Tamil dibanding dengan bahasa Inggeris?

Kenapa tidak dalam BAHASA MELAYU sahaja kalau pun tidak yakin dengan bahasa Inggeris?

KENAPA TIDAK HANYA BAHASA MELAYU YANG DIMARTABATKAN?

Sunday, July 12, 2009

KITA TIDUR LAMA SANGAT

Kita ni sering tak ingat yang kita ni tidur lama sangat,

Kita tak ingat bila tidur lama sangat kita cepat penat, badan pun jadi kurang sihat,
Kita tidur lama sangat sampai kita lupa orang lain dah jauh tinggalkan kita, memerah keringat untuk mencapai apa yang meraka hajat.
Kita tidur lama sangat menyebabkan kita sering ketinggalan ke belakang, hak hak kita cuba diambil orang, nenek moyang kita penat-penat berjuang untuk mendapatkan hak kita bagi memartabatkan agama dan bangsa, bermandikan keringat tetapi akhirnya kita lalai dan leka dek kerana dibuai mimpi, Kita ni tidur lama sangat.
Bagunlah,bangunlah, bangunlah..
Ayuh, segera bangkit jangan ralik,
Bangun dan terus laksanakan tanggujawab kita…
Kita tiada perlu tidur lagi kerana mimpi telahpun ada di depan mata..
Ayuhlah, bangunlah dan berjuanglah bagi memartabatkan Agama dan bangsa kita, sesungguhnya hanya kitalah yang dapat memartabatkan maruah kita demi agama bangsa dan Negara tercinta.



Sedapnya tidur

Thursday, July 9, 2009

Mencuba Untuk Tidak Mencuba

Hendak Seribu Daya, Tak Hendak seribu Dalih.... ramai org kita yg bersifat macam ni...lebih suka mencari alasan untuk mencuba sesuatu yang baru dari mencari idea untuk mengatasi masalah yg ada...

Kita ni selalu pikirkan masalah, blm buat sesuatu dah pikir masalah...sbnrnya itulah masalah kita....terlalu byk pikirkan masalah dari pikir untuk menjayakan sesuatu....cara berfikir begini perlu diubah....caranya, sama-sama kita fikirkan...

Tuesday, July 7, 2009

Hitam, Puteh dan Kelabu

Kisah Hitam, puteh dan Kelabu?
Apakah Hitam Puteh dan Kelabu ini....

Si Puteh
Kira- kira beberapa bulan yg lalu, aku bersama abg aku, menaiki kereta pulang ke rumah abg untuk mengambil barang. dalam perjalanan pulang, ternampak seekor anak kucing yg sedang menjilat kawannya yg telahpun mati kerana digilis kenderaan. Kesiannya kami tgk...aku bercakap kepada abg, "kesian tgk anak kucing tu, dia mkn kawan dia kaa" mana taknya, badannya yg kurus kering dek terlalu lapar nmpknya...apa lagi abgku memberhentikan kenderaan lalu menyuruhku mengambil anak kucing tersebut lalu kami bawa pulang kerumah. Lagipun dekat rmh xder kucing skrg, tikus pun suka menari-menari laaa, dek kata pepatah, bila kucing tidak bergigi tikus berani menarai-nari.
Maka, tinggallah Si Puteh dirumah. makanan diberi dgn cukupnya, nasib baik Si Puteh tak buat hal melepaskan hajatnya dlm rumah, mana tak nya, biasanya anak-anak kucing ni mana tau sgt tempat yg sepatutnya kan...syukurlaa dia tahu nk buang kat
mana...kalau x, tentu nasib si Puteh berulang.


Si Hitam
selang dua minggu si puteh berada di rumah, dgn tidak disangka-sangka, dtg pulak seekor anak kucing, lebih kurang macam si puteh jugak besarnya...yg peliknya, bila dihalau, dia x nk lari...dia lari dan menyusup dalam rmh..duduk bawah katil...dihalau x nk dia keluar..pelik betul...last2 tinggal di rumah jugak...ermmm, si hitam ni pun ok, x buat hal...jd bela juga akhirnya.
Yang bestnya, si puteh ni puteh semua warnannya dan si hitam ni pulak semua hitam, macam pelengkap antara satu sama lain gitu...SubhanaAllah.

Si Kelabu
Kisah si Kelabu ni lagi laaa, adik aku boleh kaa dia pergi ambik anak kucing yg dia jumpa tepi jalan yg masih kecil. kecil sgt, sampai nk mkn sendiri pun x tahu..susah kalau nk bela, jd macam beban gitu....nk kena bg susu jaaa. Bila dah ambik, jd x sampai hati laa nk g buang semula..jd terpaksa kena bela jugak. Kesian laa sbb dia asyik bunyi jaaa, yer laa anak kucing, macam anak org laa jugak, lapar bunyi..jd nk kena bg susu. kena bancuh susu dan suap pakai botol susu bayi....nasib baik ada botol susu. pagi2 kena cuci mata dia..ada sampai satu masa tu, dia macam dah nk mati, kejang gitu samapi terkencing, ingat nk mati dah, tp ummur panjang jugak rupanya. Tp yg bestnya, si puteh ni, baik hati, pagi2 dia jilat mata si kelabu..MasyaAllah, Allah maha Besar, sampai skrg si puteh dan si kelabu sgt baik..selalu bermain bersama. si hitam kurang sikit. mungkin nasib si hitam x sama ngn nasib si puteh dan kelabu.

Antara Si puteh, Hitam dan si kelabu ni, si kelabu ni yang paling comel. bulu dia gebu sgt....suka main ngn si kelabu..mungki ini yg Allah bg kepada kami kurniakan seekor kucing yg sgt comel,macam kucing siam gitu. x pernah kami sangka kucing yg dikutip di tepi jalan menjadi seekor kucing yg sgt rajin menagkap cicak dan tikus, ikan pun rajin jugak ditangkapnya hahaha...

Apa yg best, Si puteh putih semua, hitam hitam semua dan kelabu kelabu semua...
mungkin mereka ini ada makna yg tersirat. Apapun syukur kerana ada kucing2 yg sgt comel n pandai bermain.


Hitam dan Puteh, eh mana Si Kelabu?
Lupa lak nk ambik gambar Si Kelabu....huhu

Thursday, June 25, 2009

Hidup adalah suatu pilihan

Kekadang terfikir, ini hidup mudah aja sebenarnya...hanya ada satu matlamat, bg org Islam, nk ke Syurga atau neraka, rasanya semua nk ke Syurga kan...tp kita ada byk pilihan...kalau kita bijak memilih, mudah utk kita capai matlamat tersebut...persoalannya, macam mana nk buat pilihan yg tepat..? itu yg susah...

dalam setiap tindak tanduk kita perlu lah berlandaskan syariat yg ditetapkan kalau kita mahu berjaya, ramai org yg tahu benda ni, tp sedikit orang yg tahu bagaimana untuk kita memastikan tindak tanduk seharian kita itu memenuhi kehendak syariat. Yaa mmg agak sukar utk kita pastikannya kalau ilmu yang kita miliki tidak cukup bg memastiakn perkara tersebut, tambahan pula kita sendiri tidak pasti adakah tindakan kita itu betul ataupun tidak.

Bagi saya, tidak ada cara lain selain kita cuba untuk menambah ilmu dalam dalam hidup kita.. Yaaa membaca merupakan satu cara yg amat berkesan utk menambah ilmu. Kadang-kadang buku yg kita baca tu tebal, tp seikit sahaja ilmu yg kita perolehi drpdnya...Kadang2 bila baca kitab suci Al-Quran satu dua muka surat serta terjemahan nya dah rasa byk dah membaca, tp bila baca buku2 cerita yg lain atau surat khabar blh pulak baca lama2....adakah diri ini mudah dipengaruhi syaitan, x pasti laaa..dan adakah juga Al Quran itu suatu bacaan yg agak berat, maksudnya kalau kita baca sekali terjemahannya..mmg kita perlu berfikir bg setiap ayat2nya...sama2 fikirkan.

Bg saya, hidup ini suatu pilihan...dan sebagai umat Islam saya tiada pilihan lain melainkan untuk ke Syurga.

Sunday, June 21, 2009

Kelebihan Disyukuri, kekurangan Diredhai

Dalam hidup ini mana ada yg sempurna kan? Tp itu tidak bermaksud yg kita tidak perlu berusaha untuk mencapai tahap kesempurnaan...Practice Make Prefect, but we know that nobody Perfect, so y do we practice.....ah haaaa....

Tajuk kali ini agak menarik bunyinya...kau difikirkan beginalah caranya kalau nk senang hidup...bersyukur dengan apa yg kita ada dan redha dengan apa yg kita tiada..sebab apa? sbb apa yg kita ada blm tentu org lain ada..dan sebaliknya..jadi bersyukurlah....Alhamdulllah

Rasa macam terlalu umum laa pulak...cam ni lah,spesifikkan dalam soal mencari pasangan hidup... Ini satu persoalan yg sangat besar dalm hidup kita kan? bkn senang nk memilih pasangan hidup ni..salah pilih,susah kemudian hari...Semua sedia maklum yg dalam dunia ini xder yg sempurna, masing2 ada kelebihan dan kekurangan sendiri...tp bila bercakap dalam memcari pasangan ini kita seboleh boleh mencari yg sempurna buat kita...kalu yg lelaki tu mesti nk cari yg sedap mata memandang, lemah lembut budi pekertinya, pandai dan kalau berharta satu advantage laaa....Kalau org pompuan jugak tidak kurang hebatnya, nk cari yg ensem-ensem belaka..ala ala Tom Willing gitu..ala Smallvile tu...

Apa yg penting agama telah beri kita panduan, "Pilihlah yg berAgama, nescaya bahagialah kamu"...Kalau nk cari yg cantek, beragama, bijak , berharta n berketurunan baik baik..fuh mmg payah....kalau jumpa mmg satu anugerah...kdg2 tu jumpa wanita yg cantek n bijak, tp kdg2 nmpk mcm ada keegoan yg agak tinggi sikit..mana x nya..pompuan cantek n bijak nie mesti mau jaga status dia sikit...saham tinggi gitu kan...betul ker???

Kalau yg alim2 sikit, bijak, tp kurang menarik perhatian pulak..waduh2...yg sopan santun, cantek tp kurang berpelajaran pulak....ish2..mmg xder yg perfect....

Jd nk buat macam mana?? Kalau ikutkan hati...ermm org tua2 kata ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa... Sebagai org Islam, senang aja..solat Ishtikhoroh mintak petunjuk...kalau rasa dah dpt bayangan tu, yakinkan diri n terima laa...setiap org ada kelebihan...Jd Kelebihannya disyukuri dan kekurangannya Diredhai....kita pun bkn perfect pun kan....kalau kita fikir kita blh buat pilihan, org lain pun blh buat cam tu jugak...kalau kita dah pilih si A, tetiba si A x pilih kita lagi kes naya kan...so, yakin dgn pilihan masing2..."Confident, coz it allow you do everything"

Sunday, June 7, 2009

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Perjuangan Yang Belum selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

Saturday, June 6, 2009

Bermulanya Sebuah Sejarah

Bermulanya sebuah sejarah...apabila bercakap tentang sejarah, ramai orang akan membayangkan ia sesuatu yg telah lama berlaku. Sedikit orang yang hanya terpikir yg ianya mungkin belum bermula kembali. Maksudnya, Sejarah itu mungkin berulang, cuma pelakunya hanya berbeza. Adakah ini benar? Sesungguhnya ia adalah benar dan telahpun terbukti. Sama sama kita pikirkan.



Bersambung...dah ngntuk nk menulis..zzzzzzzzzzzzzzz

Friday, June 5, 2009

Biro Tata Negara

Lima hari empat malam aku pergi kursus Biro Tata Negara di Kem Ulu Sepri, Rembau Negri Sembilan yg mana lazimnya org sebut BTN.
Bila sebut saja pasal kursus BTN, ramai org menganggap kursus untuk sokong kerajaan, brainwash dan macam2 lagi yg x baik..begitu persepsi yang sering dilemparkan...persepsi melebihi realiti...

Sepanjang tempoh ini, byk perkara yang dipelajari. Kami dari pelbagai institusi pendidikan dan dari pelbagai bidang dibahagikan mengikut kempulan. Satu kumpulan terdiri dari pelbagai bidang dari pelbagai latar belakang bidang pendidikan...di sini dapatlah sedikit sebanyak mengetahui bidang research yg dijalankan oleh kawan-kawan lain..mmg menarik betul kajian2 yg dijalankan sampai x dapat nk dipahamkan..haha

Dalam kursus ini,para penceramah yg begitu byk pengalaman mencerita atau mengajar kami tentang sejarah Tanah Melayu, Sejarah Melayu Melaka, Perlembagaan Malaysia dan pelbagai ilmu2 yg mungkin tidak terdapat dalam buku....Dr zaman Kegemilangan Melayu Melaka hingga zaman sekrang...kerentuhan Empayar Melaka setelah Portugis datang. Pembinaan Kota A Famosa, adakah ia sebagai "lambang kebangaan atau penghinaan kepada kita?"
Apakah bukti yang menunjukkan Melaka pernah menjadi sebuah negeri yg terkenal seantero dunia. Menjadi tempat perdagangan yg terkenal suatu ketika dulu sehingga dikatakan sampai 3 ribu kapal berlabuh pada satu satu masa. Jika dikatakan org-org Melayu Melaka pada zaman tersebut kaya raya, dimanakah istana-istana pada masa itu, masjid2 (Islam telahpun diamalkan pada ketika ini)dan lain -lain lagi...

Pada 1511, Portugis datang menakluk Melaka, mereka membina Kota A Famosa sebagai pusat pentadbiran dah Gereja pada masa tersebut...Dari manakah batu batan itu diambil untuk membina Kota tersebut? adakah dari bukit-bukit di negeri Melaka, jika benar mengapakah tidak terdapak satu bukitpun yg ditarah...Kemanakah meghilangnya masjid2 di negeri Melaka, Istana-istana, kubur-kubur orang Islam (batu nisan)....Kemanakah menghilangnya...
Terbinanya kota ini adalah dari batu batan istana2, masjid2 dan batu batu nisan...jadi adakah ia menjadi satu kebanggaan buat kita atau satu penghinaan...sama sama kita fikirkan

Latihan Dalam Kumpulan

Selain itu, aktiviti dalam kumpulan juga banyak mengajar kami mengenai perlembagaan Malaysia...pentingnya kita memahami hal ini kerana agar kita dapat sampaikan kepada rakan-rakan, sanak saudara kita agar menghormati perlembagaan..sekiranya ia tidak dihormati...dibimbangi akan membawa kesan yang amat teruk bukan saja kepada kita malah kepada anak cucu kita....

Ahli-ahli kumpulan yg amat sempoi,peramah dan mudah mesra menyebabkan aku rasa amat terharu...walaupun baru kenal, nilai-nilai kemesraan antara satu sama lain amat baik...ahli kumpulan yg mempunyai latar belakang yg hebat-hebat, bijak-bijak belaka, kajain yang dijalankan jugak amat bagus.sepanjang latihan dalam kumpulan, kami diberi pelbagai tugasan, antaranya sesi perkenalan diri, sembang politik, perbincangan untuk membuat keputusan dan macam2 lagi. Terima kasih yg tak terhingga kepada fasi kami Tuan Haji Abd Aziz Awang yg byk memberi tunjuk ajar kepada kami, segala nasihat, ilmu dan pengalaman yg diceritakan kepada kami akan kami manfaatkan untuk agama bangsa dan negara.

Latihan dalam kumpulan ini juga byk menagajar kami bercakap, membina keyakinan diri dan belajar untuk membuat keputusan. Sesungguhnya apa yg penting adalah kerjasama.
Kami diajar mengenai perlembagaan Malaysia, kontrak sosial dan hak Istimewa org Melayu. Amatlah penting bg kita memahami perlembagaan negara kerana sekiranya ia disalah tafsir, pelbagai masalah mungkin akan timbul.Menghormati hak org lain amatlah penting. Tidak kira kita berbangsa Melayu, Cina atau India.
Apabila kami diarahkan membentangkan tugasan yg diberi, ahli kumpulan aku mmg petah bercakap, ada yg pernah menjadi pendebat.Ada yg bercakap x berhenti-henti, poning kepala den hahahhahaha.....ada yg jadi pak lawak, mmg kelakar betul tgk bermacam ragam....aku asyik gelak jaaaa, pendek kata mmg enjoy habis aku g kursus nie...



Kembara Malam

ermmmm, mmg best waktu kembara malam nie..bermula pada pukul 4 pagi...berjalan pada waktu malam mmg amat berbeza dgn berjalan di waktu siang hari...sudah selalu sangat berjalan di siang hari...bila berjalan malam nie, dapatlah menikmati kepekatan gelap malam..bunyi2 binatang diwaktu malam, kelip2, dan lain2 lagi...perjalanan yang mengambil masa dalam satu jam lebih untuk sampai ke jambatan untuk sama2 solat subuh...dalam tempoh berjalan malam tersebut,banyak benda yg dapat dipelajari...dapat kita bayangkan bagaimana pejuang2 / askar negara berjuang mempertahankan negara @tanah air tercinta. Susah payah mereka menjaga negara siang dan malam amatlah dihargai.Pendakian dan meneruni cerun yang agak curam amat mencabar fizikal. Kami semua tiba di tempat untuk bersolat subuh lebih kurang pukul 6 pagi...setelah selesai menunaikan tanggungjawab tersebut, tugasan seterusnya yang diberikan kepada kami ialah untuk menyediakan sarapan masing2 mengikut kumpulan. Maggi diberikan kepada kami...(Maggi dan telur jaaaa huhuhu)...





Lepas mkn jaa, semua berposing ambik gambar....macam-macam ragam betul group aku nih...ahhaha...you all mmg best arrr...


xtvt terakhir kami adalah masa dalam dewan. kami diberi satu tugasan yg agak mencabar.Setiap kumpulan diberi 4 ketul batu yg x sama saiz dan kami dikehendaki menjadikan batu itu sama saiz dalam masa 20 minit. x boleh bercakap.hanya guna bahasa isyarat antara ahli kumpulan dan antara kumpulan lain x blh guna bahasa isyarat sekalipun...maka ramailah yg tertangkap kerana melanggar peraturan...yg lawaknya aku lagi gila...hahaha dah x blh guna bahsa isyarat, aku terus pergi rampas batu kumpulan lain...hahahah padan muka aku....mana x nya, nk guna bahasa isyarat pun x blh antara kumpulan lain...apa lagi terus ambik jaa laaa....huhu.jahat btl aku nih....sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara

selepas itu kami sama-sama menyanyikan lagu Warisan yg telahpun dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman. Kalau kita hayati lirik lagu ini amat menyentuh hati...Aku bukanlah seorang perwira, gagah menghunus senjata, tp hati rela berjuang, walau dgn cara sendiri demi cinta ini..

Akhir sekali, kami ditanyangkan dgn tayangan yg amat menyentuh hati...keganasan yg telah dilakukan oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab, tidak kira bangsa, Jika Melayu dengan Al Maunah, India dgn hindraf dan cina dgn Komunisnya...sesungguhnya...pengganas tidak kira dari kaum...jgnlah taksub kepada apa yg kita lakukan...rasionallah dalam membuat keputusan.
Orang yg memegang kuasa yg diamanahkan oleh Allah juga harus bertanggungjawab dalam setiap tindakan yg diambil.

Akhir sekali,terima kasih yg tidak terhingga kepada bapak bapak jurulatih, tuan tuan fasi dan juga pihak penaja kami iaitu Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kepada kawan kawan, kumpulan lama dan kumpulan baru..kamu semua dalah terbaik. Semoga berjaya di dunia dan juga di akhirat.

Sekian.

Friday, May 8, 2009

Too Good To be True

Too Good to be True
bunyinya agak menarik,begitulah hidup ini, apa yg kita hajatkan tidak semestinya kita dapat, tetapi janganlah kita buangkan atau abaikan apa yang kita ada, takut takut kita terlepas kedua duanya.

Wednesday, April 8, 2009

Menang tak Menang Semua, Kalah Tak Kalah Semua

adat bertanding pasti ada menang dan ada kalah...Kepada yang menang tidak bererti menang semua, kepada yang kalah tidak bererti kalah semua....Bercakap tentang PRK, bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Jika dilihat, BN tidak kalah dalam PRK ini, tetapi BN belum menang....masing masing berjaya mengekalkan kerusi kawasan masing masing...

janganlah kita taksub kepada mana mana parti politik, rasionallah dalam membuat pilihan...jangan sampai "menang sorak kampung tergadai"...

sesungguhnya Perjuangan Kita Tak Akan Selesai Selagi Hayat Dikandung Badan...

sometimes

sometimes...
we expect too much
we dream to far
we hope for the greatest
we think we live in fairytale..

we want more
we look for more
we always presume
that grass is greener
on the other side of the hill


till...
we forget to appreciate what we have
we forget to say thanks
we even forget to smile
..to other taht always be there for us
..for those who love and cherish us
regardsless who we are
and what we did

we didn't saw what was there for us
till the day
it went away
and never come back
its is the day that we realize
we have lost a diamond
because we are too busy collecting stones

Kenapa Bulan yg dipuji sedangkan Matahari yg menyinari

Assalamualaikum
satu topik yang agak menarik untuk diperkatakan pada kali ini, iaitu mengapa Bulan yang Sering dipuji sedangkan Matahari yang menyinari....sering kita dengar "bagai pungguk rindukan Bulan", "Bulan dipagar bintang", "bagaikan bulan purnama" dan macam macam lagi....tidakkah kita sedar bahawa cahaya dari bulan itu sebenarnya adalah dari cahaya matahari....Bulan tidak akan bercahaya tanpa sinaran matahari...kedua dua ciptaan Allah ini mempunyai masing2...mungkin inilah hikmat yg sering disebut2 dalam Al Quran yg mana kita disarankan berfikir tentang kejadian atau ciptaan Allah. Sesungguhnya "Bulan Tidak Akan Bercahaya Tanpa Sinaran Mentari"..

Sunday, April 5, 2009

Tahniah PM ke 6

Salam dah tahniah kepada perdana menteri Malaysia ke 6 Dato' Seri Najib Tun Razak.
Terima kasih jugak kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, jasamu tetap dikenang...
sebagai rakyat Malaysia, kami sayangkan Pak Lah, tapi kami lebih sayangkan UMNO dan Malaysia.
Apa yang diharapkan, dibawah kepimpinan DS Najib, Malaysia akan terus maju ke hadapan. rakyat Malaysia kembali bersatu memajukan Malaysia tercinta ini. Misi One Malaysia yang diwar-warkan oleh DS Najis di harap dapat menyatukan rayat Malaysia.
Namun, bg pandangan penulis, misi yg dibawa ini mesti ditangani dgn baik, ia blh menjadi baik dan sebaliknya...adakah ini Malaysia hanya akan wujud satu bangsa sahaja slps ini, adakah wawasan yg diperjuangkan oleh parti komponen seperti Gerakan akan dilaksanakan.
Sering kedengaran konsep One Malaysia seolah olah kita semua akan menjadi satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia. Perlu diingat, sekiranya konsep seperti ini mahu di teruskan, ia perlulah bermula dari dasarnya iaitu dari sekolah. Tidah perlu wujud sekolah berasaskan kaum, tiada lagi SRJKC dan SRJKT. Hanya perlu wujud sekolah kebangsaan. Konsep sekolah Wawasan perlu diteruskan.
Apapun penulis yakin di bawah kepimpinan DS Najib Malaysia akan terus fokus menuju ke hadapan. Wawasan yang didasarkan perlulah jelas agar mudah rakyat memahaminya serta terus bersama sama menjadikan Malaysia sebuhan negara maju.

Saturday, March 28, 2009

Mukadimah

Assalamualaikum wbt

Ilmu kalau di minda sungguh pandai ia berlogik,
Ilmu kalau di lidah sungguh pandai ia berkata kata,
tp ilmu kalau di hati, pasti takutkan Ilahi...

Begitulah kedudukan ilmu dalam diri kita, ilmu manusia ibarat setitis air di hujung jarum jika dibandingkan dengan ilmu Allah swt.