Thursday, June 25, 2009

Hidup adalah suatu pilihan

Kekadang terfikir, ini hidup mudah aja sebenarnya...hanya ada satu matlamat, bg org Islam, nk ke Syurga atau neraka, rasanya semua nk ke Syurga kan...tp kita ada byk pilihan...kalau kita bijak memilih, mudah utk kita capai matlamat tersebut...persoalannya, macam mana nk buat pilihan yg tepat..? itu yg susah...

dalam setiap tindak tanduk kita perlu lah berlandaskan syariat yg ditetapkan kalau kita mahu berjaya, ramai org yg tahu benda ni, tp sedikit orang yg tahu bagaimana untuk kita memastikan tindak tanduk seharian kita itu memenuhi kehendak syariat. Yaa mmg agak sukar utk kita pastikannya kalau ilmu yang kita miliki tidak cukup bg memastiakn perkara tersebut, tambahan pula kita sendiri tidak pasti adakah tindakan kita itu betul ataupun tidak.

Bagi saya, tidak ada cara lain selain kita cuba untuk menambah ilmu dalam dalam hidup kita.. Yaaa membaca merupakan satu cara yg amat berkesan utk menambah ilmu. Kadang-kadang buku yg kita baca tu tebal, tp seikit sahaja ilmu yg kita perolehi drpdnya...Kadang2 bila baca kitab suci Al-Quran satu dua muka surat serta terjemahan nya dah rasa byk dah membaca, tp bila baca buku2 cerita yg lain atau surat khabar blh pulak baca lama2....adakah diri ini mudah dipengaruhi syaitan, x pasti laaa..dan adakah juga Al Quran itu suatu bacaan yg agak berat, maksudnya kalau kita baca sekali terjemahannya..mmg kita perlu berfikir bg setiap ayat2nya...sama2 fikirkan.

Bg saya, hidup ini suatu pilihan...dan sebagai umat Islam saya tiada pilihan lain melainkan untuk ke Syurga.

Sunday, June 21, 2009

Kelebihan Disyukuri, kekurangan Diredhai

Dalam hidup ini mana ada yg sempurna kan? Tp itu tidak bermaksud yg kita tidak perlu berusaha untuk mencapai tahap kesempurnaan...Practice Make Prefect, but we know that nobody Perfect, so y do we practice.....ah haaaa....

Tajuk kali ini agak menarik bunyinya...kau difikirkan beginalah caranya kalau nk senang hidup...bersyukur dengan apa yg kita ada dan redha dengan apa yg kita tiada..sebab apa? sbb apa yg kita ada blm tentu org lain ada..dan sebaliknya..jadi bersyukurlah....Alhamdulllah

Rasa macam terlalu umum laa pulak...cam ni lah,spesifikkan dalam soal mencari pasangan hidup... Ini satu persoalan yg sangat besar dalm hidup kita kan? bkn senang nk memilih pasangan hidup ni..salah pilih,susah kemudian hari...Semua sedia maklum yg dalam dunia ini xder yg sempurna, masing2 ada kelebihan dan kekurangan sendiri...tp bila bercakap dalam memcari pasangan ini kita seboleh boleh mencari yg sempurna buat kita...kalu yg lelaki tu mesti nk cari yg sedap mata memandang, lemah lembut budi pekertinya, pandai dan kalau berharta satu advantage laaa....Kalau org pompuan jugak tidak kurang hebatnya, nk cari yg ensem-ensem belaka..ala ala Tom Willing gitu..ala Smallvile tu...

Apa yg penting agama telah beri kita panduan, "Pilihlah yg berAgama, nescaya bahagialah kamu"...Kalau nk cari yg cantek, beragama, bijak , berharta n berketurunan baik baik..fuh mmg payah....kalau jumpa mmg satu anugerah...kdg2 tu jumpa wanita yg cantek n bijak, tp kdg2 nmpk mcm ada keegoan yg agak tinggi sikit..mana x nya..pompuan cantek n bijak nie mesti mau jaga status dia sikit...saham tinggi gitu kan...betul ker???

Kalau yg alim2 sikit, bijak, tp kurang menarik perhatian pulak..waduh2...yg sopan santun, cantek tp kurang berpelajaran pulak....ish2..mmg xder yg perfect....

Jd nk buat macam mana?? Kalau ikutkan hati...ermm org tua2 kata ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa... Sebagai org Islam, senang aja..solat Ishtikhoroh mintak petunjuk...kalau rasa dah dpt bayangan tu, yakinkan diri n terima laa...setiap org ada kelebihan...Jd Kelebihannya disyukuri dan kekurangannya Diredhai....kita pun bkn perfect pun kan....kalau kita fikir kita blh buat pilihan, org lain pun blh buat cam tu jugak...kalau kita dah pilih si A, tetiba si A x pilih kita lagi kes naya kan...so, yakin dgn pilihan masing2..."Confident, coz it allow you do everything"

Sunday, June 7, 2009

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Perjuangan Yang Belum selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

Saturday, June 6, 2009

Bermulanya Sebuah Sejarah

Bermulanya sebuah sejarah...apabila bercakap tentang sejarah, ramai orang akan membayangkan ia sesuatu yg telah lama berlaku. Sedikit orang yang hanya terpikir yg ianya mungkin belum bermula kembali. Maksudnya, Sejarah itu mungkin berulang, cuma pelakunya hanya berbeza. Adakah ini benar? Sesungguhnya ia adalah benar dan telahpun terbukti. Sama sama kita pikirkan.



Bersambung...dah ngntuk nk menulis..zzzzzzzzzzzzzzz

Friday, June 5, 2009

Biro Tata Negara

Lima hari empat malam aku pergi kursus Biro Tata Negara di Kem Ulu Sepri, Rembau Negri Sembilan yg mana lazimnya org sebut BTN.
Bila sebut saja pasal kursus BTN, ramai org menganggap kursus untuk sokong kerajaan, brainwash dan macam2 lagi yg x baik..begitu persepsi yang sering dilemparkan...persepsi melebihi realiti...

Sepanjang tempoh ini, byk perkara yang dipelajari. Kami dari pelbagai institusi pendidikan dan dari pelbagai bidang dibahagikan mengikut kempulan. Satu kumpulan terdiri dari pelbagai bidang dari pelbagai latar belakang bidang pendidikan...di sini dapatlah sedikit sebanyak mengetahui bidang research yg dijalankan oleh kawan-kawan lain..mmg menarik betul kajian2 yg dijalankan sampai x dapat nk dipahamkan..haha

Dalam kursus ini,para penceramah yg begitu byk pengalaman mencerita atau mengajar kami tentang sejarah Tanah Melayu, Sejarah Melayu Melaka, Perlembagaan Malaysia dan pelbagai ilmu2 yg mungkin tidak terdapat dalam buku....Dr zaman Kegemilangan Melayu Melaka hingga zaman sekrang...kerentuhan Empayar Melaka setelah Portugis datang. Pembinaan Kota A Famosa, adakah ia sebagai "lambang kebangaan atau penghinaan kepada kita?"
Apakah bukti yang menunjukkan Melaka pernah menjadi sebuah negeri yg terkenal seantero dunia. Menjadi tempat perdagangan yg terkenal suatu ketika dulu sehingga dikatakan sampai 3 ribu kapal berlabuh pada satu satu masa. Jika dikatakan org-org Melayu Melaka pada zaman tersebut kaya raya, dimanakah istana-istana pada masa itu, masjid2 (Islam telahpun diamalkan pada ketika ini)dan lain -lain lagi...

Pada 1511, Portugis datang menakluk Melaka, mereka membina Kota A Famosa sebagai pusat pentadbiran dah Gereja pada masa tersebut...Dari manakah batu batan itu diambil untuk membina Kota tersebut? adakah dari bukit-bukit di negeri Melaka, jika benar mengapakah tidak terdapak satu bukitpun yg ditarah...Kemanakah meghilangnya masjid2 di negeri Melaka, Istana-istana, kubur-kubur orang Islam (batu nisan)....Kemanakah menghilangnya...
Terbinanya kota ini adalah dari batu batan istana2, masjid2 dan batu batu nisan...jadi adakah ia menjadi satu kebanggaan buat kita atau satu penghinaan...sama sama kita fikirkan

Latihan Dalam Kumpulan

Selain itu, aktiviti dalam kumpulan juga banyak mengajar kami mengenai perlembagaan Malaysia...pentingnya kita memahami hal ini kerana agar kita dapat sampaikan kepada rakan-rakan, sanak saudara kita agar menghormati perlembagaan..sekiranya ia tidak dihormati...dibimbangi akan membawa kesan yang amat teruk bukan saja kepada kita malah kepada anak cucu kita....

Ahli-ahli kumpulan yg amat sempoi,peramah dan mudah mesra menyebabkan aku rasa amat terharu...walaupun baru kenal, nilai-nilai kemesraan antara satu sama lain amat baik...ahli kumpulan yg mempunyai latar belakang yg hebat-hebat, bijak-bijak belaka, kajain yang dijalankan jugak amat bagus.sepanjang latihan dalam kumpulan, kami diberi pelbagai tugasan, antaranya sesi perkenalan diri, sembang politik, perbincangan untuk membuat keputusan dan macam2 lagi. Terima kasih yg tak terhingga kepada fasi kami Tuan Haji Abd Aziz Awang yg byk memberi tunjuk ajar kepada kami, segala nasihat, ilmu dan pengalaman yg diceritakan kepada kami akan kami manfaatkan untuk agama bangsa dan negara.

Latihan dalam kumpulan ini juga byk menagajar kami bercakap, membina keyakinan diri dan belajar untuk membuat keputusan. Sesungguhnya apa yg penting adalah kerjasama.
Kami diajar mengenai perlembagaan Malaysia, kontrak sosial dan hak Istimewa org Melayu. Amatlah penting bg kita memahami perlembagaan negara kerana sekiranya ia disalah tafsir, pelbagai masalah mungkin akan timbul.Menghormati hak org lain amatlah penting. Tidak kira kita berbangsa Melayu, Cina atau India.
Apabila kami diarahkan membentangkan tugasan yg diberi, ahli kumpulan aku mmg petah bercakap, ada yg pernah menjadi pendebat.Ada yg bercakap x berhenti-henti, poning kepala den hahahhahaha.....ada yg jadi pak lawak, mmg kelakar betul tgk bermacam ragam....aku asyik gelak jaaaa, pendek kata mmg enjoy habis aku g kursus nie...



Kembara Malam

ermmmm, mmg best waktu kembara malam nie..bermula pada pukul 4 pagi...berjalan pada waktu malam mmg amat berbeza dgn berjalan di waktu siang hari...sudah selalu sangat berjalan di siang hari...bila berjalan malam nie, dapatlah menikmati kepekatan gelap malam..bunyi2 binatang diwaktu malam, kelip2, dan lain2 lagi...perjalanan yang mengambil masa dalam satu jam lebih untuk sampai ke jambatan untuk sama2 solat subuh...dalam tempoh berjalan malam tersebut,banyak benda yg dapat dipelajari...dapat kita bayangkan bagaimana pejuang2 / askar negara berjuang mempertahankan negara @tanah air tercinta. Susah payah mereka menjaga negara siang dan malam amatlah dihargai.Pendakian dan meneruni cerun yang agak curam amat mencabar fizikal. Kami semua tiba di tempat untuk bersolat subuh lebih kurang pukul 6 pagi...setelah selesai menunaikan tanggungjawab tersebut, tugasan seterusnya yang diberikan kepada kami ialah untuk menyediakan sarapan masing2 mengikut kumpulan. Maggi diberikan kepada kami...(Maggi dan telur jaaaa huhuhu)...





Lepas mkn jaa, semua berposing ambik gambar....macam-macam ragam betul group aku nih...ahhaha...you all mmg best arrr...


xtvt terakhir kami adalah masa dalam dewan. kami diberi satu tugasan yg agak mencabar.Setiap kumpulan diberi 4 ketul batu yg x sama saiz dan kami dikehendaki menjadikan batu itu sama saiz dalam masa 20 minit. x boleh bercakap.hanya guna bahasa isyarat antara ahli kumpulan dan antara kumpulan lain x blh guna bahasa isyarat sekalipun...maka ramailah yg tertangkap kerana melanggar peraturan...yg lawaknya aku lagi gila...hahaha dah x blh guna bahsa isyarat, aku terus pergi rampas batu kumpulan lain...hahahah padan muka aku....mana x nya, nk guna bahasa isyarat pun x blh antara kumpulan lain...apa lagi terus ambik jaa laaa....huhu.jahat btl aku nih....sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara

selepas itu kami sama-sama menyanyikan lagu Warisan yg telahpun dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman. Kalau kita hayati lirik lagu ini amat menyentuh hati...Aku bukanlah seorang perwira, gagah menghunus senjata, tp hati rela berjuang, walau dgn cara sendiri demi cinta ini..

Akhir sekali, kami ditanyangkan dgn tayangan yg amat menyentuh hati...keganasan yg telah dilakukan oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab, tidak kira bangsa, Jika Melayu dengan Al Maunah, India dgn hindraf dan cina dgn Komunisnya...sesungguhnya...pengganas tidak kira dari kaum...jgnlah taksub kepada apa yg kita lakukan...rasionallah dalam membuat keputusan.
Orang yg memegang kuasa yg diamanahkan oleh Allah juga harus bertanggungjawab dalam setiap tindakan yg diambil.

Akhir sekali,terima kasih yg tidak terhingga kepada bapak bapak jurulatih, tuan tuan fasi dan juga pihak penaja kami iaitu Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kepada kawan kawan, kumpulan lama dan kumpulan baru..kamu semua dalah terbaik. Semoga berjaya di dunia dan juga di akhirat.

Sekian.