Thursday, May 12, 2011

Bersatu tak semestinya menjadi satu....

Salam kepada semua...

Hari ni nak membebel pasal politik sikit...
Tentang penyatuan orang Melayu, Umat Islam, tak kiralah dari parti PAS, UMNO, atau KeAdilan....

Bukahkan pepatah Melayu ada meyebut, bersatu teguh bercerai roboh
Bukankah kita diajar bertapa kuatnya kita kalau kita bersatu, sebatang lidi mudah untuk dipatahkan tetapi kalau seikat lidi ia sukat untuk dipatahkan...
Bukankah Agama kita melarang kita berpecah belah...memutuskan hubungan silaturrahim

Mengapakah begitu sukar untuk kita bersatu,

Adakah dengan bersatu, daripada dua menjadi satu?

Apakah ruginya kalau kita bersatu?
Apakah untungnya kalau kita berpecah?

Matlamat kita adalah sama,
Menuju ke puncak jaya, setelah mati ingin ke Syurga... di akhirat kita akan kekal buat selamanya...

Apakah perbezaan kita tidak mempunyai titik persamaan?
Titik yang akan membawa kepada ikatan perpaduan..
Titik yang membawa kita hidup lebih aman..

Sesungguhnya...
Pertikaian kita hanya membawa kepada kelemahan, kemusnahan, kehancuran..
Pertikaian yg membawa kepada kesengsaraan...yg tidak membawa sedikitpun kebaikan

Namum, sekiranya kita bersatu..saya percaya Rahmat Allah akan diperoleh oleh kita semua.

Janganlah ada sedikit perbezaan politik akan membawa permasalahan berpenjangan...

Sekiranya UMNO dan PAS tidak boleh bersatu....
Bubarkan kedua-duanya..tubuh parti baru...Parti Melayu Islam (PMI)atas nama Melayu dan Islam.

Mungkinkah????