Thursday, July 23, 2009

PPSMI

Salam semua...hari ni nk bercakap pasal masa depan anak2 kita..iaitu isu PPSMI
Kerajaan telahpun buat keputusan memansuhkan dasar PPSMI yg diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir. Matlamat Tun M memperkenalkan dasar ini amatlah baik...pelaksanaan di semua peringkat...Tun M nk melihat anak bangsanya maju setangding dgn bangsa2 yg maju dalam dunia ini...betullah kata org "bahasa jiwa Bangsa" sesungguhnya perjuangan untuk memartabatkan bangsa itu lebih tinggi nilainya dari bahasa...Mmg betul negara2 maju seperti Jepun, Francis masing2 menggunakan bahsa ibunda masing2...tp dapatkah kita memandang sedikit kehadapan bagaimana jika anak2 kita kurang mampu berinteraksi dgn bangsa2 maju ini.

Apa yg saja cuba katakan ialah kepada pejuang2 bahasa spt A Samad Said, datuk Hassan...dan pendemonstrasi jalanan yg mendesak supaya PPSMI ini dimansuhkan, anda semua sebenarnya telah mewujudkan satu jurang yg lagi besar bg pelajar bandar dan luar bandar. Dimanakah bangsa2 selain Melayu yg berdemonstrasi untuk mansuhkan PPSMI ini...
Kepada sasterawan negara, anda adalah pejuang bahasa, kenapa anda dan rakan-rakan seperjuangan berdemonstrasi mendesak kerajaan supaya melaksanaa sistem p&p mate n sains ini dalam bahasa Melayu...kenapa anda membiarkan ia diajar dalam bahasa Cina dan Tamil bg sekolah2 SRJK...anda disanjung pejuang bahasa Melayu, anda tidak sebenarnya..anda adalah pejuang bahasa Cina dan Tamil...makanya dimanakah letaknya martabat bahsa melayu yg anda juangkan selama ini...

Perjuangkanlah supaya Mat dan Sains itu diajar dalam bahasa Melayu sepenuhnya disemua sekolah...barulah dikatakan anda dan rakan seangkatan berjuang utk bahasa..seandainya tidak, anda mmg seorang hipokrit...

Tiada maaf dipinta utk penulisan kali ini kerana ia datang dr luahan hati yg ikhlas..

Tun Dr. Mahathir dalam "Speech of the President of UMNO at the 54th UMNO General Assembly @PWTC Thursday, 19th June 2003 yang bertajuk "Future Threats" dalam perenggan 94 & 95 berbunyi seperti di bawah ini :-

"94. Within the country the environment is no less challenging. The efforts to bring together the different communities have not been fully successful. The new generation is divided because they choose to attend different schools according to race.

95. In order to bring the students from the different races together and to make the people and the country more competitive, the Government has introduced the study of English and the teaching of science and mathematics in English. The parents accepts well this move but as usual political parties try to politicise the issue".

Apabila Samad Said melalui GMP dengan sokongan Pakatan Pembangkang dan pejuang bahasa ibunda Cina & India merusuh,berdemonstrasi dan berarak; kerajaan BN telah membuat keputusan membenar dan memartabatkan bahasa Melayu, Cina dan Tamil sebagai bahasa yang digunakan untuk mengajar dan belajar Sains & Matematiks.

Tidakkah kerajaan BN sedar bahawa Bahasa Cina & Tamil adalah bahasa asing di Tanahair ini? Kenapa harus dimartabatkan?
Apakah lebihnya bahasa Cina & Tamil dibanding dengan bahasa Inggeris?

Kenapa tidak dalam BAHASA MELAYU sahaja kalau pun tidak yakin dengan bahasa Inggeris?

KENAPA TIDAK HANYA BAHASA MELAYU YANG DIMARTABATKAN?

No comments:

Post a Comment