Saturday, August 8, 2009

Politik @ Politikus

Politik, Politik ,Politik

Seronok jugak bercakap pasal politik, bila bercakap pasal politik ni, x dapat tidak kita lari bercakap tntg politikus (ahli politik).

Sejak kebelakangan ini rakyat asyik salahkan kerajaan dalam setiap isu yg tibul. Semua perkara nk dipolitikkan dr kes kematiaan TBH hingga laa kes kekurangan gula....jgn sampai telur ayam kena curi pun nk dipolitikkan sudahlah....Bkn apa nmpk kita ni terlalu byk berpolitik dari buat kerja...

Dalam soal politik ni kita kena rasional, jgn taksub dgn mana2 parti....baik UMNO mahupun PAS matlamat kedua2 parti tentu untuk kebaikkan, walaupun saya bkn ahli mana2 parti tp saya merasa demikian...Untuk AGAMA BANGSA dan NEGARA. Jadi mengapa perlu bertelagah dalam semua perkara....adakah semua perkara yg dilakukan oleh pihak kerajaan skrg ini semuanya salah....kalau benarlah mengapa UMNO masih berkuasa walaupun sudah lbh 50 thn....mengapakah rakyat masih memilih UMNO, adakah rakyat x nmpk kebaikan PAS atau keburukan UMNO?

Tidak dinafikan UMNO dan kerajaan ada kelemahannya sbb ia dipinpin oleh manusia, Manusia x dapat lari dr kesilapan...jd x perlulah pihak pembangkan beria-ia bertindak menghasut kerajaan untuk menjatuhkan kerajaan yg ada, tunggu saja pilihanraya akan dtg....Kerajaan yg ada skrg tidak sekali2 menghalang kita dari melakukan ibadat...kita bebas dan senang melakukan kewajipan kita, jd mengapa perlu menjatuhkan kerajaan yg ada...memang mudah untuk menjatuhkan kerajaan, tp x mudah untuk menubuhkan kerajaan.

Sesungguhnya sejarah byk mengajar kita bg yg mahu berfikir.Kalau kita x belajar dr sejarah maka kita tergolong dlm golongan yg rugi...asal usul kita perlu kita tahu, sejarah kegemilangan silam perlu dihayati, Bangsa kita pernah menjadi bangsa yg terkemuka suatu ketika dulu, menjadi peniaga, pelaut malah penaklut terkemuka selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang....Bangsa kita juga pernah merentas lautan yg tidak dikenal, Dimanakah silapnya?? Kita perlu tahu semua ini agar kesilapan yg lalu tidak diulang...

Orang yg bijak belajar melalui kesilapan dirinya sendiri, tetapi org yg lebih bijak belajar melalui kesilapan org lain (sejarah) dgn harapn dia tidak melakukan kesilapan yg sama.

Sama2 kita pikirkan dan renungkan.....