Sunday, April 5, 2009

Tahniah PM ke 6

Salam dah tahniah kepada perdana menteri Malaysia ke 6 Dato' Seri Najib Tun Razak.
Terima kasih jugak kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, jasamu tetap dikenang...
sebagai rakyat Malaysia, kami sayangkan Pak Lah, tapi kami lebih sayangkan UMNO dan Malaysia.
Apa yang diharapkan, dibawah kepimpinan DS Najib, Malaysia akan terus maju ke hadapan. rakyat Malaysia kembali bersatu memajukan Malaysia tercinta ini. Misi One Malaysia yang diwar-warkan oleh DS Najis di harap dapat menyatukan rayat Malaysia.
Namun, bg pandangan penulis, misi yg dibawa ini mesti ditangani dgn baik, ia blh menjadi baik dan sebaliknya...adakah ini Malaysia hanya akan wujud satu bangsa sahaja slps ini, adakah wawasan yg diperjuangkan oleh parti komponen seperti Gerakan akan dilaksanakan.
Sering kedengaran konsep One Malaysia seolah olah kita semua akan menjadi satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia. Perlu diingat, sekiranya konsep seperti ini mahu di teruskan, ia perlulah bermula dari dasarnya iaitu dari sekolah. Tidah perlu wujud sekolah berasaskan kaum, tiada lagi SRJKC dan SRJKT. Hanya perlu wujud sekolah kebangsaan. Konsep sekolah Wawasan perlu diteruskan.
Apapun penulis yakin di bawah kepimpinan DS Najib Malaysia akan terus fokus menuju ke hadapan. Wawasan yang didasarkan perlulah jelas agar mudah rakyat memahaminya serta terus bersama sama menjadikan Malaysia sebuhan negara maju.

No comments:

Post a Comment