Friday, February 26, 2010

BERCUTI D' LANGKAWI

Salam,
Lama betoi tak p Langkawi...bkn apa susah nk bdget masa...kalau time cuti2 sekolah, Langkawi nih sesat ngn pelangcong....
Rasanya last g Langkawi masa LIMA03, masa tu mmg best gila tgk LIMA...Dapat tgk jet-jet pejuang dari dekat dgn aksi yg menakjubkan mmg sgt teruja...

Bkn senang nk tgk jet2 ni dr dekat...tp itu semua kenang lalu...Tp yg pasti yg indah itu sentiasa segar dalam ingatan...

Awal thn 2010 ni, aku ambil peluang bercuti di Langkawi....Bila dah lama x pegi sana, susah tentu laa byk jugak perubahannnya...jalan kat sana konpen dah x ingat.....jadi ikut peta jaa jln2 kat sana..senang aja, x sesatnyaaa...

Kat Langkawi ni byk tempat yg menarik, ikut kita laa apa xtvt yg kita nk buat..kalau bercuti bersama family yg ramai...camping laa kut paling best...kalau nk jln2 n masuk2 tmpt utk lawatan tu mahal sikit laaa....tp ok aja...

salah satu tempat yg menarik utk dilawati kalau dtg Langkawi ni jgn lupa g cable car...sesuatu kelainan kat sini...selain naik cable car yg sangat tinggi tu...kita juga dapat beramah mesra ngn rusa n arnab...blh bg makan kat haiwan ni...nak naik jagah mahal sgt...jd naik cable car n bg makanan kat arnab n rusa jaa...

Bagi arnab makan....




Apa yang pasti, ia sesuatu kenangan yang menyeronokkan tambahan pulak bersama org yg kita sayang...

Selamat Bercuti

Tuesday, February 23, 2010

SEMINGGU DI BRISBANE

Salam,

Jauh perjalanan luas pemandangan, lama hidup banyak pengalaman...macam tulah bunyi pepatah dulu-dulu...Mmg benar pengalaman x dapat dibeli dgn wang ringgit...kita mesti melaluinya...Penagalaman menjadikan kita lebih matang, sbb tu kita dinasihatkan dgr cakap org tua2, sbb meraka ni byk pengalaman hidup..

Pada awal bulan Feb hari tu, dr KLIA terbanglah aku ke negara Kanggaroo...Perjalanan yg mengambil masa dalam 8 jam gitu..jauh bangat sih...Untuk sampai ke Brisbane, kena transit di sydney dulu...First time sampai ke negara crocodile hunter ni mmg sesuatu pengalaman baru yg x dapat dilupakan...

Miles apart close to the heart- macam tu laa bunyinya...mmg jauh dimata, tp sebenaranya dekat dihati....Brisbane ni mmg jauh, tp org yg ada kat sana dekat dihati ini (wife). Seminggu kat Brisbane ni macam kejap jaaa... sempat jugak laa jalan2 sana...memandang dgn mata dan melihat dgn hati keadaaan sekeliling.

Suasana malam di Brisbane city



Pemandangan Brisbane city

Eye on Brisbane

Pagi di hujung minggu.

Saturday, January 16, 2010

HARI PERKAHWINAN

Salam to all,
Memang betul laa kata orang, hari perkahwinan ni satu hari yang membawa banyak perubahan dalam diri kita, membawa makna yang besar. Sedar tak sedar dah berkahwin pun..hehe..

Apa yang paling dalam perkahwinan ini adalah niat perkahwinan itu sendiri dan kerjasa antara suami isteri untuk hidup dalam rumahtangga yang dibina.

Tanggal 13.12.2009 merupakan satu lagi, hari yang selalu bermain di ingatan aku....sesuatu yang sukar untuk dilupakan dan sangat indah untuk dikenangkan...


Ketibaan Pengantin Lelaki ( Aku laa tue....)


Penyambut rombongan pengantin..

Ermmm, bagi rombongan lelaki, ada beberapa adat yg kena ikut...mula-mula sampai tue..ingat kan nk pegi mana...rupa-rupanya kena pusing2 buat bulatan sebanyak tiga pusingan...simboliknya aku pun x pasti lupa nk tanya isteriku...hahaha....jadi ikut aja org yg bawa kami semua....mmg rasa kekok habis..seribu mata memandang setiap pergerakkan pengantin...fuhh!

Selepas habis buat pusingan baru laa blh masuk rmh...duduk jap atas pelamin, bergambar semua ngn family n lps tu kena trn pulak...ala-ala sambut tetamu lak....time ni lagi segan, duduk depan org ramai....

Pusing jangan tak pusing...


Duduk depan org ramai

Sebenranya mmg banyak aktiviti @ adat untuk majlis kenduri kat Limbang ni...Kat sini amalan atau adat Melayu Brunei masih kuat diamalakan....

Amalan bebedak, Berdikir, Bergandang, Berpacar dan bersuap-suapan harus dilalui oleh aku...Seakan x percaya jugak..kenduri kat Limabng ni sampai 3 hari gitu....ermmm..kalau nk ditulis kat sini mmg aku x larat nk tulis...

Apa yang menarik, ia sesuatu yang amat membahagiakan.....

Sekain...

SETIAP HARI ITU INDAH

Salam to all,
Setiap hari itu sangat indah, bagaimana kita mencorak hari-hari kita.
samada ia menjadi suatu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan atau menjadi mimpi ngeri kepada kita.

Apapun yang paling penting kita merancang setiap hari tindakan yang kita akan lakukan agar kita tidak leka.

Bagi penulis, hari yang tidak dapat dilupakan jatuh pada 11.12.2009.
Hari yang amat mendebarkan yang membawa beribu makna dalam kehidupan. Mengubah status daripada seorang bujang kepada seorang suami.





Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Dah selamat bergelar seorang suami....bila wali membaca lafaz serah tanggungjawab tue, ermmm rasa banyak jugak tanggungjawab yg perlu dipikul. Segala makan minum, pakaian, tempat tinggal yg sebelum ini menjadi tanggungjawab wali dilafazkan dan tanggungjawab tersebutpun diterima...

Erm, kawin ni bukan setakat berseronok aja, tp dia datang dengan pakage sekali dgn tanggungjawab.Jadi kenalah berfikiran matang.Mestilah memikirkan kepentinagn bersama.

Mudah mudahan rumahtangga yang dibina mendapat keberkatan dari Allah S.W.T dan semoga pasangan hidup bahagia hingga ke hujung nyawa.

"Suami isteri tergigit gigit lidah tue biasa"
eh silap..."sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri"..hehe

Friday, November 20, 2009

SEKOLAH KU

Salam to all...

Asal usul sekolah ku.....
Kecik jaa waktu dulu-dulu...
Ayah pun belajaq kat sekolah ni, cikgu besar masa tu sangat garang....kalau budak kena rotan time tu..mak bapak x berani masuk campur, sbb cikgu2 masa tu nk didik anak bangsa..
tp sekarang ni, kalau anak kena cubit pun, mak bapak serang cikgu...macam mana laa anak2 x naik kepala.....

disini ada laa sikit pasal sejarah sekolah aku, seronok kalau blh kumpul maklumat tentang diri sendiri n keluarga...sbb kenangan masa lalu yg sangat indah. Seronok rupanya waktu sekolah dulu2....
Aku ni belajar dah lama dah, dr tadika, sekolah rendah, masuk U keluar U, n masuk U semula, tp rasa x laa pandai sangat pun...huhu....





Thursday, November 5, 2009

Kalaulah kita boleh buat semudah seperti apa yg kita cakapkan

Kalaulah kita boleh buat semudah seperti apa yg kita cakapkan...senang kan....
tp sebagai manusia, kita perlu berusaha untuk mencapai apa yg kita hadapi...
Bercakap mmg mudah, ramai orang yg hanya pandai bercakap, tp bila nk buat...bkn main susah....

"Practice what you preach", "walk the talk"...kalau kita bercakap nk buat sesuatu tu, kita kenalah kotakan apa yg kita cakapkan itu, walaupu payah yg pentiing kita mesti berusaha...jgn kita hanya pandai bercakap itu dan ini, tp hasilnya..hampeh...

Jadi, bykkan berfikir dari bercakap. Dalam Al-Quran pun menyuruh umatnya bykkan kan berfikir, sehingga ada yg menyatakan berfikir sejenak itu lebih baik dari berzikir, sbbnya berfikir sesaat lebih baik dari berzikir...

Marilah kita berfikir....

Wednesday, October 28, 2009

Conference in Bangkok

Salam to all...
International Symposium on Antenna and Propagation atau lebih dikenali sebagai ISAP telah diadakan di Bangkok baru-baru ni iaitu pada 22-24 Oktober 2009 di Imperial Hotel Bangkok.
Conference ini diadakn setiap tahun bermatlamat bagi memberi peluang kepada setiap penyelidik membentangkan hasil kajian yg telah meraka jalankan berkaitan dengan Antenna dan Propagation. Disertai dari pelbagai buah negara anteranya Malaysia, JEpun Korea, Australia, New Zealand dan lain-lain lagi.
Pada sesi tutorial pula, penceramah yg dijemput merupakan org yg pakar dalam bidang yg diceburi seperti Yahya Rahmat Samie, Raj Mitra, Kin Lu, John Volakis dan lain- lain..mereka mereka ini merupakan penulis2 buku yg hebat serta berpengalaman luas dalam bidang masing2...


Bergambar bersama Prof Yahya Rahmat Samie


Selain itu, dalam conference yg dianjurkan ini, peserta dalam mengetahui bidang research terkini serta mendapat maklum balas dari meraka yg pakar dalam bidang tersebut....Pendek kata, dalam mengeratkan lagi hubungan serta mengetahui latest teknologi yg sedang dalam kajian...


sekitar berlangsungnya persidangan....participant from Malaysia

Pendek kata, conference ini mengajar penulis dalam meningkatkan daya saing diri dalam bidang penyelidkan disamping meningkatkan keyakinan diri dalam membentangkan hasil kajian yg dijalankan..Tidak kurang jugak dapat mempelajari benda2 baru dan melihat kajian dari Universiti2 lain...

Tidak ketinggalan, peluang yg diambil untuk perji berjalan2 di sekitar bandar Bangkok...


Menaiki bot di sepanjang Sg Chao Praya....Dulu kenal sg ni dalam sejarah ngn geograpi aja..tp skrg dah merasai percikan air sg nie....


Bergambar di sekitar kawasan Grand Palace

Pendek kata, melancong mmg best....

ni ada lagi gambar masa jln2 kat sana....